Background Blogger

Sunday, January 17, 2010

Birthday of OC Members~

Kepada kawan-kawan yang tak tersenarai di sini maknanya belum serahkan maklumat peribadi kepada Mal. Sila update dengan Mal ya~

January

Aiman: 23 Jan

February
[no record]

March
Zul: 31 Mar

April
Rahimi: 10 April
Afdan: 27 April

May
Mal: 2 May
Che' Pah: 14 May

June
Amil: 05 June
Syikin: 17 June

July
Ijam: 04 July
Husz: 10 Jul
Iz/Dong: 13 Jul

August
Faiz: 16 Aug

September
Wan: 12 Sept

October
Ain: 18 Oct
Wan Talib: 19 Oct
Aliff: 24 Oct

November
Hajar: 04 Nov
Azmi: 14 Nov
Akhir: 18 Nov
Anuar: 27 Nov

December

Aris: 02 Dec
Nisa': 13 Dec

Saturday, January 9, 2010

Yuran Bulanan+Bayaran BBQ

Kawan2 OC sekalian...
As we agreed before...kita akan collect duit bulanan untuk kita jadikan dana bagi semua aktiviti yang kita buat bersama. So...payment will be collecting by 30th/31st every month. Sesiapa yang nak bank-in, maklumkan pada Mal and she will give her account number. Dan, untuk BBQ piknik yang kita adakan sebelum ni, RM5 dikutip dari semua ahli.

Sekian untuk makluman.

"Peace...no fight~"

Friday, January 1, 2010

27-12-09: Piknik di Sg. Congkak, Hulu Langat

Alhamdulillah...OC berjaya adakan satu aktiviti riadah bersama pada penghujung Disember tahun lalu. Segalanya berjalan lancar dengan cuaca yang agak baik. Perjalanan ke tempat rekreasi pun tak ada masalah. Empat buah kereta konvoi ke sana dari rumah Iz (Dong), dan lagi dua kereta datang berasingan dari destinasi yang berlainan. Memandangkan waktu bertolak agak lewat, masing-masing mengagak Sg.Congkak akan dipenuhi orang, tambahan lagi hari tu merupakan hari minggu. Mujur waktu sampai di sana dapat juga tempat parking, kalau lewat sikit lagi mungkin kena lipat kereta masuk beg. [Hehe! Diibaratkan je.] Bayaran masuk ke Sg.Congkak dikenakan RM1.00 untuk se-orang.

 Sebelum bertolak. Lokasi: Ampang [rumah Iz/Dong]


Masing-masing nampak semangat dan teruja. Tapi...ada satu perkara yang tak disengajakan...Mal tertinggal sosej di rumahnya. Kesian kawan-kawan...kempunan pulak. [Nampak gaya Mal hutang sosej dengan kawan2 untuk next picnic.] Apa pun, piknik hari tu itu berlangsung dengan baik...hope lepas ni dapat sungai yang tempatnya lagi best. Yang lebih masyuk!! (^,^)v


Setibanya di lokasi...bergambar dulu! =D

 Seringgit...seringgit!!

Menuju ke destinasi. Cari port!

Dah pilih lokasi untuk melepak. Bergambar lagi!

 
Haris buat muka comel! XD

Hidupkan api+bara untuk BBQ~


 
 Bakar time!


 Seniman jalanan... =D

Mandi time!

 




Ready nak balik~

"Kemas ye anak2 semua...papa dengan mama nak balik dah..." =p

This is part of 'Our Clan'

Jamu ais krim beramai2~

 
Singgah sebentar di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall.

 
Husz dapat juga join sama walaupun tak lama.

 

 
Hajat nk challenge main bowling tak kesampaian. Tak ada luck that day...tak dapat nak main..queue nama panjang+lama nak kena tunggu. Next time will be~

Makan2 di NZ Curry House, Wangsa Maju

Wan senyum manja ye...dapat juga gather bersama...

Sebenarnya ada lebih 100 gambar yang dah diambil sepanjang hari tu tapi tak dapat nak masukkan semuanya di sini. Kepada sesiapa yang nak semua gambar-gambar pada hari tu, boleh minta Mal burn dalam CD.


"Cherish the golden moment before it passed by..."

What is OC stands for?




OC merupakan singkatan kepada gelaran penuhnya iaitu 'OUR CLAN'. Clan dalam bahasa Inggeris secara umumnya membawa maksud puak, suku atau keturunan. Walau bagaimanapun, nama ini dipilih bukan kerana faktor-faktor tersebut, tetapi diambil berdasarkan maksud yang lebih terperinci mengikut pemahaman dalam pelbagai bahasa. Merujuk kepada Dictionary of Contemporary English [Longman; 4th Edition], clan is defined as: 1. a large group of families that often share the same name. 2. informal a very large family.


OC diwujudkan atas dasar persahabatan dan hubungan kekeluargaan sesama rakan. Atas dasar ini, nama Our Clan dipilih sebagai lambang kepada keakraban yang sedia terjalin. Logo OC ini telah diilhamkan oleh saudara Khairizam [Ijam]. Huruf O dan C bercantum seperti carabiner yang melambangkan kesepakatan antara rakan-rakan dalam satu komuniti. Hitam dan putih dipilih berdasarkan maksud:
1. Putih: Warna putih adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan. 2. Hitam: Warna hitam pula adalah sebagai sokongan kepada warna putih dan membawa maksud keteguhan.

Happy New Year 2010!

Selamat tahun baru kepada viewer sekalian. Pejam, celik...pejam, celik...tahun 2009 meninggalkan kita dan tahun 2010 sudah pun membuka tirai. Dah macam2 perkara yang kita lalui..semuanya mencatat sejarah tersendiri. Umur semakin berganjak, tanggungjawab semakin besar, dan hidup tetap perlu diteruskan. So...macam mana dengan azam tahun baru ni? No matter what...azam takkan tercapai kalau tak disertai kesungguhan. Betul tak? So..apa lagi, jom laa kita bersungguh-sungguh buat sesuatu. Contohnya kalau nak kumpul main badminton, kita bersungguh-sungguh buat sampai jadi. ;-) Semoga kawan2 OC dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik, serta menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Moga persahabatan yang terjalin ni juga berkekalan hingga ke hujung nyawa! (^,^)v

"Peace...no fight~"