Background Blogger

Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Dong & Niesa~

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Alhamdulillah...terbina sudah satu lagi mahligai cinta dua mempelai pada awal Disember yang lalu. Dong dan Niesa telah pun selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Admin OC telah pun melapangkan diri menghadiri majlis akad nikah pada 10 Disember di Masjid Mu'adz bin Jabal. Taman Setiawangsa dan majlis persandingan pihak perempuan pada 11 Disember di Taman Keramat AU3. Reaksi gembira dan bahagia jelas terpancar pada wajah kedua pasangan. Begitu manis dan berseri. Setelah lebih 5 tahun bersahabat dan bercinta...akhirnya ke jinjang pelamin juga. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hubungan direstui. Takkan dilupa usikan bersahaja tok kadi sebelum memulakan acara lafaz akad. Dalam usikan, ada peringatan dan nasihat buat kedua mempelai dan tetamu yang hadir meraikan.






Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri










Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri

Orang berlayar melalui sungai
Sungainya dalam tidak terduga
Semoga bahagia kedua mempelai
Hidup aman di rumahtangga

















Kain baldu kain bertekat

Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga


Tahniah buat Dong kerana sah bergelar suami kepada Niesa dengan sekali lafaz. Alhamdulillah~

"Peace...No fight"

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 H


Lama tak update cerita dalam blog ni...memandangkan aktiviti OC 'diperlahankan' seketika untuk laluan kepada proses bancian penduduk sebelum ni di mana beberapa ahli OC melibatkan diri dalam proses tersebut...diikuti pula dengan Hari Raya Aidilfitri, dan kini Hari Raya Aidiladha pula menjelma. OC masih lagi bersua, duduk semeja dan bersembang. Akan datang, insya Allah akan diaturkan lagi aktiviti-aktiviti bersama.

Di kesempatan ini, dengan ingatan tulus ikhlas...diwar-warkan majlis perkahwinan salah seorang ahli OC akan menjelang tak lama lagi. Mohd Izwan Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Dong, akan membina mahligai cinta bersama tunang tersayang, Khairunnisa' Mohd Tamin pada Disember nanti. Alhamdulillah...hampir tiba waktunya setelah pelbagai persiapan dibuat. Moga segalanya berjalan lancar sehingga hari majlis nanti. Insya ALLAH...gambar-gambar majlis mereka akan diabadikan di dalam blog ini.

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada ahli OC dan seluruh umat Islam. Moga pengorbanan ikhlas kita dalam hidup ini diberkati Yang Maha Esa. Amin~~

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431 H


Di kesempatan ini OC Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli OC dan rakan-rakan lain yang mengikuti perkembangan group ini. Moga Syawal kali ni mendatangkan 1001 rahmat, keberkatan dan keceriaan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

05-09-10: Buka Puasa bersama Rumah Sentuhan Budi

Sekalung perhargaan dan syabas kepada OC dan semua rakan-rakan yang menjayakan Program Berbuka Puasa bersama Rumah Amal Sentuhan Budi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...kita berjaya melaksanakan aktiviti seperti yang dirancang. Berkat kesepakatan dan keikhlasan semua...Allah permudahkan urusan kita dari awal hingga akhirnya. Meskipun ini julung-julung kalinya kita adakan, ternyata ia bukan satu perkara yang mustahil asal ada kesungguhan yang tak berbelah bahagi. Moga usaha murni kita semua, sama ada yang hadir mahu pun yang tidak hadir...moga sumbangan ikhlas kalian sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka di sana. Dan, diharapkan juga kita dapat terus kekalkan hubungan baik bersama penghuni Rumah Amal Sentuhan Budi.

Persembahan nasyid daripada penghuni RASB sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu...

Penyerahan sumbangan dan duit raya kepada penghuni RASB...


Terima kasih atas individu yang turut memberikan sumbangan peribadi...


Bergambar kenangan bersama penghuni RASB...


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada bukan ahli yang turut serta menjayakan majlis: Pak Tam, Jojo, Faizal, Balqis, Ain, Rainder dan Saudah. Insya ALLAH...jika tiada aral, program sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Harap kita semua sama-sama dapat memaafkan segala kekhilafan sepanjang kita menjayakan program ni. Buang yang keruh, ambil yang jernih...andai ada yang terguris hati. Buat pengetahuan semua, gambar yang diupload oleh admin di sini diperoleh daripada saudari Nisa. Pada sesiapa yang ada bawa kamera bersama pada hari tersebut, minta jasa baik kalian untuk serahkan copy gambar-gambar kepada admin (Mal) untuk simpanan OC.

"Peace...no fight~"

Sunday, July 18, 2010

03-07-10 & 04-07-10: Trip to PD

Trip to PD akhirnya terlaksana jua. Thanks to all OC members dan rakan luar yang turut serta. Alhamdulillah...kita selamat pergi dan selamat pulang. Percutian selama dua hari satu malam telah kita jayakan. Segalanya teratur mengikut budget. Sesi barbeku juga dapat dilaksanakan dalam cuaca yang baik. Seperti biasa...gambar-gambar kenangan diabadikan di sini.


Antara girls yang turut serta...




BBQ time~~

Single club! Hehehe...

Surprise for Ijam's birthday~~




Apa yang diharapkan, kalian semua dapat terus mengekalkan kemesraan dan saling mengenali antara satu sama lain selepas aktiviti bersama sebegini. Moga OC akan terus kekal bersama walaupun sudah berumahtangga kelak. Insya ALLAH. Friendhip will never dies. Jika tiada aral yang melintang, kita adakan lagi percutian sebegini pada masa akan datang.

"Peace...no fight~~"


Tuesday, May 11, 2010

Wisdom Quotes~

For everything you have missed, you have gained something else, and for everything you gain, you lose something else.
- Ralph Waldo Emerso


If you don't like something change it; if you can't change it, change the way you think about it.
- Mary Engelbreit

Bayaran bulanan~

Gentle reminder to all members...

Setakat ni majoriti dah selesaikan bayaran sehingga ke bulan Mac...diharapkan bayaran bulan April dan Mei dapat dijelaskan pada masanya, dikhuatiri membebankan diri jika terus dibiarkan tertunggak. Polisi terbaru...pada 1hb sehingga 7hb setiap awal bulan, bayaran akan dikutip dalam tempoh tersebut..menggantikan polisi sebelum ini yang mensasarkan kutipan dibuat pada setiap hujung bulan. Butir-butir kewangan akan dimaklumkan dalam satu perjumpaan pada setiap bulan. Pada yang menghadapi kesukaran atau masalah boleh menghubungi Dong atau Mal untuk makluman. Diharapkan dengan dana yang ada kita boleh adakan aktiviti bersama lagi selepas ini.

"Peace...no fight~"

Thursday, April 22, 2010

02-03-10: Aktiviti Riadah OC - Badminton

Pada 02 Mac jam 10 malam...plan main badminton berjalan lancar. Maaf pada yang tak dapat join, harapnya plan akan datang semua dapat bersama. Gambar tak banyak mana...ada rakaman video tapi visual kurang memuaskan, format 3gp aje. Tapi, layankan je la yek! (^^,)


Hebat Ijam main...raket terbalik tu... ;-p

Dong beraksi bagai pemain skuash! ;-)


Gaya pro...


Wan tersenyum bersimpul-simpul nampaknya...ehehee...

Di bawah adalah video yang sempat dirakam waktu game berlangsung. Saksikan gelagat rakan-rakan yang sakan bermain badminton. Macam-macam gaya. =)
  
video

video

video

video

So...guys, next planning? Riadah apa pula ya? Volley ball? Futsal? Berjoging beramai-ramai pun ok juga, kan? Hope we all can be more healthier~


"Peace...no fight~~"

18-02-10: Trip to Melaka

Hello...hello...hello! Salam 1 Malaysia~

Sorry guys...agak lama tak update blog ni. Admin tak punya masa untuk itu sebelum ni...harap dimaafi. Apa pun selepas ni harapnya OC akan terus aktif dengan aktiviti-aktiviti bersama. Kali ni admin upload gambar-gambar trip ke Melaka pada bulan Februari yang lepas. Masih belum terlewat untuk dijadikan tatapan teman-teman sekalian. [Cewah...ayat karangan gitu...hehe.]

Sebelum bertolak. Apa Anuar duk baca tu...

Ready to go!
 
 Singgah makan~

Tengok Akhir kat sebelah Shai...steady je... ;-)

Tiba di lokasi...

Wajah-wajah ceria...

 
Ish2...dah macam perhimpunan haram ni... ;-p

Cari port!

 Tiga dara pingitan... =)

Aksi cameraman...macam2 gaya daa...

Oppss! Apa kes? ;-D

Sempat bermandi-manda...

Antara yang hadir...jurugambarnya ialah Amil. Terima kasih atas jasa murnimu..hehee!

Faiz sebagai pengerusi makan nampaknya...

Ikin dan Shai...

Kenapa muka penyek tu Akhir oi...

Ini antara gambar-gambar yang terpilih untuk menghiasi blog OC...heheh. Harap semua geng dapat berkumpul lagi untuk aktiviti akan datang. Pada yang tak dapat hadir, lain kali boleh join [cik admin pun tak dapat join waktu tu...isk2].  Apa pun, moga ikatan persahabatan tu takkan putus ibarat air yang mengalir. Stay in touch!(^,^)v

Peace...no fight~~