Background Blogger

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 H


Lama tak update cerita dalam blog ni...memandangkan aktiviti OC 'diperlahankan' seketika untuk laluan kepada proses bancian penduduk sebelum ni di mana beberapa ahli OC melibatkan diri dalam proses tersebut...diikuti pula dengan Hari Raya Aidilfitri, dan kini Hari Raya Aidiladha pula menjelma. OC masih lagi bersua, duduk semeja dan bersembang. Akan datang, insya Allah akan diaturkan lagi aktiviti-aktiviti bersama.

Di kesempatan ini, dengan ingatan tulus ikhlas...diwar-warkan majlis perkahwinan salah seorang ahli OC akan menjelang tak lama lagi. Mohd Izwan Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Dong, akan membina mahligai cinta bersama tunang tersayang, Khairunnisa' Mohd Tamin pada Disember nanti. Alhamdulillah...hampir tiba waktunya setelah pelbagai persiapan dibuat. Moga segalanya berjalan lancar sehingga hari majlis nanti. Insya ALLAH...gambar-gambar majlis mereka akan diabadikan di dalam blog ini.

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada ahli OC dan seluruh umat Islam. Moga pengorbanan ikhlas kita dalam hidup ini diberkati Yang Maha Esa. Amin~~