Background Blogger

Friday, January 1, 2010

What is OC stands for?




OC merupakan singkatan kepada gelaran penuhnya iaitu 'OUR CLAN'. Clan dalam bahasa Inggeris secara umumnya membawa maksud puak, suku atau keturunan. Walau bagaimanapun, nama ini dipilih bukan kerana faktor-faktor tersebut, tetapi diambil berdasarkan maksud yang lebih terperinci mengikut pemahaman dalam pelbagai bahasa. Merujuk kepada Dictionary of Contemporary English [Longman; 4th Edition], clan is defined as: 1. a large group of families that often share the same name. 2. informal a very large family.


OC diwujudkan atas dasar persahabatan dan hubungan kekeluargaan sesama rakan. Atas dasar ini, nama Our Clan dipilih sebagai lambang kepada keakraban yang sedia terjalin. Logo OC ini telah diilhamkan oleh saudara Khairizam [Ijam]. Huruf O dan C bercantum seperti carabiner yang melambangkan kesepakatan antara rakan-rakan dalam satu komuniti. Hitam dan putih dipilih berdasarkan maksud:
1. Putih: Warna putih adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan. 2. Hitam: Warna hitam pula adalah sebagai sokongan kepada warna putih dan membawa maksud keteguhan.

No comments:

Post a Comment