Background Blogger

Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Selamat Tahun Baru 2012 OC!


Walaupun agak terlewat post entry dengan tajuk ni, admin tetap mengucapkan selamat kepada semua warga OC dan viewers yang TERsinggah secara tak sengaja di blog ni. Admin mohon maaf sebab agak lama mengabaikan blog OC ni tanpa sebarang updates terkini. Sampaikan terlupa email group. Haiyaa. Admin sedang berusaha mencari, memilih dan menyusun bahan untuk dimuatnaik di sini. OC dah lama menyepi, tapi banyak kisah yang dah berlaku.

2009 menyaksikan OC terbentuk. 2010 & 2011 telah berlalu meninggalkan kisah dan sejarah. 2012 dah pun tiba. Apa cerita terkini, geng?


"Peace...no fight!"

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 H


Lama tak update cerita dalam blog ni...memandangkan aktiviti OC 'diperlahankan' seketika untuk laluan kepada proses bancian penduduk sebelum ni di mana beberapa ahli OC melibatkan diri dalam proses tersebut...diikuti pula dengan Hari Raya Aidilfitri, dan kini Hari Raya Aidiladha pula menjelma. OC masih lagi bersua, duduk semeja dan bersembang. Akan datang, insya Allah akan diaturkan lagi aktiviti-aktiviti bersama.

Di kesempatan ini, dengan ingatan tulus ikhlas...diwar-warkan majlis perkahwinan salah seorang ahli OC akan menjelang tak lama lagi. Mohd Izwan Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Dong, akan membina mahligai cinta bersama tunang tersayang, Khairunnisa' Mohd Tamin pada Disember nanti. Alhamdulillah...hampir tiba waktunya setelah pelbagai persiapan dibuat. Moga segalanya berjalan lancar sehingga hari majlis nanti. Insya ALLAH...gambar-gambar majlis mereka akan diabadikan di dalam blog ini.

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada ahli OC dan seluruh umat Islam. Moga pengorbanan ikhlas kita dalam hidup ini diberkati Yang Maha Esa. Amin~~

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431 H


Di kesempatan ini OC Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli OC dan rakan-rakan lain yang mengikuti perkembangan group ini. Moga Syawal kali ni mendatangkan 1001 rahmat, keberkatan dan keceriaan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday, May 11, 2010

Bayaran bulanan~

Gentle reminder to all members...

Setakat ni majoriti dah selesaikan bayaran sehingga ke bulan Mac...diharapkan bayaran bulan April dan Mei dapat dijelaskan pada masanya, dikhuatiri membebankan diri jika terus dibiarkan tertunggak. Polisi terbaru...pada 1hb sehingga 7hb setiap awal bulan, bayaran akan dikutip dalam tempoh tersebut..menggantikan polisi sebelum ini yang mensasarkan kutipan dibuat pada setiap hujung bulan. Butir-butir kewangan akan dimaklumkan dalam satu perjumpaan pada setiap bulan. Pada yang menghadapi kesukaran atau masalah boleh menghubungi Dong atau Mal untuk makluman. Diharapkan dengan dana yang ada kita boleh adakan aktiviti bersama lagi selepas ini.

"Peace...no fight~"

Saturday, January 9, 2010

Yuran Bulanan+Bayaran BBQ

Kawan2 OC sekalian...
As we agreed before...kita akan collect duit bulanan untuk kita jadikan dana bagi semua aktiviti yang kita buat bersama. So...payment will be collecting by 30th/31st every month. Sesiapa yang nak bank-in, maklumkan pada Mal and she will give her account number. Dan, untuk BBQ piknik yang kita adakan sebelum ni, RM5 dikutip dari semua ahli.

Sekian untuk makluman.

"Peace...no fight~"

Wednesday, December 30, 2009

Facebook~

Kawan2 OC sekalian...
Selain daripada blog ni, kita juga ada akaun Facebook untuk OC. Just simply log in to www.facebook.com and search The OC. Kalau ada sebarang masalah, rujuk pada admin blog ya. Apa pun, untuk makluman...yang tak ada akaun Facebook tak dapat full view...so, it is recommended for you to create one! (^,^)v Di sana kawan2 semua bebas untuk upload gambar dan posting komen tanpa perlu pass through admin. But make sure everything is under control ya...no offence comment...

"Peace...no fight~"

How to be follower?

To all OC members...for those who wants to be follower, kindly create an e-mail for you to leave your comment here. [Gmail is recommended] It's easy...free of charge! Have it already? Good! You're most welcome...meriahkan blog ni...kalau ada apa2 yang nak diusulkan...silakan. Gambar2 boleh serahkan pada admin blog for update purpose.

"Peace...no fight~" (^,^)v

Our blog!

Hello, kawan-kawan OC sekalian! Buat pertama kali kita adakan blog khas untuk group kita sebagai medium untuk kita berhubung selain daripada kemudahan handphone yang ada. Sebenarnya ini blog kedua yang dibuat menggantikan blog pertama yang terpaksa ditukar atas masalah-masalah teknikal. Apa pun...tujuan blog dibuat tetap sama...dalam blog ni kita boleh bertukar-tukar pendapat, komen, dan menghebahkan apa sahaja aktiviti-aktiviti serta perancangan kita. Kepada yang nak kahwin pun...boleh gunakan blog ni sebagai tempat penyebaran berita...hehe. Serahkan pada admin blog untuk aturkan segalanya di sini. Apa pun, mohon maaf jika ada kekurangan ya...kalau ada cadangan untuk memantapkan lagi blog kita ni, sila-sila la duduk bersila mengusulkan cadangan di sini. Ok? Salam sayang untuk semua OC members...peace, no fight~