Background Blogger

Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Dong & Niesa~

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Alhamdulillah...terbina sudah satu lagi mahligai cinta dua mempelai pada awal Disember yang lalu. Dong dan Niesa telah pun selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Admin OC telah pun melapangkan diri menghadiri majlis akad nikah pada 10 Disember di Masjid Mu'adz bin Jabal. Taman Setiawangsa dan majlis persandingan pihak perempuan pada 11 Disember di Taman Keramat AU3. Reaksi gembira dan bahagia jelas terpancar pada wajah kedua pasangan. Begitu manis dan berseri. Setelah lebih 5 tahun bersahabat dan bercinta...akhirnya ke jinjang pelamin juga. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hubungan direstui. Takkan dilupa usikan bersahaja tok kadi sebelum memulakan acara lafaz akad. Dalam usikan, ada peringatan dan nasihat buat kedua mempelai dan tetamu yang hadir meraikan.






Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri










Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri

Orang berlayar melalui sungai
Sungainya dalam tidak terduga
Semoga bahagia kedua mempelai
Hidup aman di rumahtangga

















Kain baldu kain bertekat

Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga


Tahniah buat Dong kerana sah bergelar suami kepada Niesa dengan sekali lafaz. Alhamdulillah~

"Peace...No fight"