Background Blogger

Thursday, September 9, 2010

05-09-10: Buka Puasa bersama Rumah Sentuhan Budi

Sekalung perhargaan dan syabas kepada OC dan semua rakan-rakan yang menjayakan Program Berbuka Puasa bersama Rumah Amal Sentuhan Budi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...kita berjaya melaksanakan aktiviti seperti yang dirancang. Berkat kesepakatan dan keikhlasan semua...Allah permudahkan urusan kita dari awal hingga akhirnya. Meskipun ini julung-julung kalinya kita adakan, ternyata ia bukan satu perkara yang mustahil asal ada kesungguhan yang tak berbelah bahagi. Moga usaha murni kita semua, sama ada yang hadir mahu pun yang tidak hadir...moga sumbangan ikhlas kalian sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka di sana. Dan, diharapkan juga kita dapat terus kekalkan hubungan baik bersama penghuni Rumah Amal Sentuhan Budi.

Persembahan nasyid daripada penghuni RASB sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu...

Penyerahan sumbangan dan duit raya kepada penghuni RASB...


Terima kasih atas individu yang turut memberikan sumbangan peribadi...


Bergambar kenangan bersama penghuni RASB...


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada bukan ahli yang turut serta menjayakan majlis: Pak Tam, Jojo, Faizal, Balqis, Ain, Rainder dan Saudah. Insya ALLAH...jika tiada aral, program sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Harap kita semua sama-sama dapat memaafkan segala kekhilafan sepanjang kita menjayakan program ni. Buang yang keruh, ambil yang jernih...andai ada yang terguris hati. Buat pengetahuan semua, gambar yang diupload oleh admin di sini diperoleh daripada saudari Nisa. Pada sesiapa yang ada bawa kamera bersama pada hari tersebut, minta jasa baik kalian untuk serahkan copy gambar-gambar kepada admin (Mal) untuk simpanan OC.

"Peace...no fight~"

No comments:

Post a Comment